AEON TEBRAU BERWAJAH BARU

Seperti yang ramai sedia maklum, AEON Tebrau telah menjalani proses ubah suai dan naik taraf semenjak kira-kira setahun lalu. 

Oleh itu pada bulan Oktober 2016 lalu, sayap baru bangunan AEON Tebrau telah secara rasminya dibuka kepada orang ramai.

Pembukaan sayap baru ini juga menampilkan banyak kedai-kedai baru. Bukan kedai-kedai biasa, tetapi pihak pengurusan pusat membeli-belah ini ternyata telah berjaya menarik jenama besar seperti ZARA, H&M dan Pandora untuk membuka cawangan mereka disini.

Oleh itu, HL juga teruja dan tidak melepaskan peluang meninjau AEON TEBRAU JOHOR BAHRU.


Impresi pertama HL, AEON TEBRAU boleh dikatakan setaraf dengan pusat membeli-belah SURIA KLCC dan Pavilion di Kuala Lumpur. Ia lengkap dengan pelbagai jenis kedai dari makanan, pakaian, hiasan rumah, taman tema, aksesori, panggung wayang, kedai telekomunikasi, pasar (supermarket), tapak pameran dan banyak lagi.








Malah, terdapat banyak dekorasi di ruang legar yang menarik dan cantik. Jika anda suka selfie, welfie mahupun bergambar biasa, pastikan anda tidak melepaskan peluang bergambar di dekorasi yang pelbagai tema. Cantik!

Tidak percaya, cuba tengok gambar-gambar dibawah ini. Cantikkan?






Sekurang-kurangnya, kepada yang belum ada kesempatan sampai ke sini, diharapkan tulisan ini dapat memberi sedikit gambaran tentang pembaharuan yang berlaku. Mana tahu, ia akan menaikkan semangat anda untuk mengunjungi pusat membeli-belah ini. Jika anda berkunjung pada hari Ahad-Khamis, ia dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Walaubagaimanapun, pdaa hari Jumaat dan Sabtu, ia dibuka pada jam 10 pagi sehingga 11 malam.



Pada pengamatan HL, pihak pengurusan tidak pernah gagal memastikan kebersihan pusat membeli-belah mereka. 

AEON Tebrau yang dimiliki AEON CO. (M) SDN BHD ini terletak di No 1, Jalan Desa Tebrau Taman Desa Tebrau 81100 Johor Bahru Johor, Malaysia. Kalau anda memandu melalui Jalan Tebrau-Kota Tinggi, anda boleh melihat bangunan AEON ini dari jalan raya kerana ia betul-betul terletak di tepi jalan. Ia mula beroperasi pada 4 Januari 2006. Setelah 10 tahun pembukaannya, adalah wajar jika pihak pengurusan membuat pembaharuan dan penambahbaikan. 

Nantikan tulisan HL seterusnya yang akan mengupas lebih lanjut tentang kedai-kedai menarik yang boleh anda kunjungi. 

Sehingga berjumpa lagi! 


Love,
Hello Lilicoo



Share this:

, ,

CONVERSATION